BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 13 November 2008

Majlis Hari Penutup Penggal Persekolahan 2008

Pada pagi ahad, 23hb November, 2008, Sekolah ini telah mengadakan majlis Hari Penutup Penggal Persekolahan 2008 yang di anjurkan oleh pihak sekolah ini dan PIBG. Acara ini diserikan lagi dengan persembahan-persembahan daripada murid-murid sekolah, pertandingan mengubah bunga, pertandingan kraftangan daripada penduduk kampung dan sebagainya.


Guru besar Cikgu Samihon mengiringi tetamu kehormat Penyelia Kanan Daerah Tutong Cikgu Hj Yahya majlis ke dewan sekolah di mana majlis di jalankan.



Suasana semasa pertandingan mengubah bunga yang di sertai oleh ibu-bapa murid di sekolah ini.


Antara hasil kerja tangan penduduk kampung yang turut di pamerkan semasa majlis ini.


Acara penyampaian hadiah bagi beberapa ketagori yang di sampaikan oleh tetamu kehormat.




Antara persembahan-persembahan yang di buat oleh murid-murid seperti menyanyi, nasyid, membaca dan macam-macam lagi.




Gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan ibu-bapa murid semasa majlis pada hari ini. Jumpa lagi di tahun akan datang.






Sukan Hari Penutup Sekolah DPS Ukong

Sekolah Rendah DPS Ukong telah mengadakan Sukan Hari Penutup Sekolah 2008 pada sebelah petang 23hb November, 2008(ahad). Majlis di buka rasmi oleh Ketua Kampung Ukong Awang Nendaroh. Beberapa acara-acara yang melibatkan murid-murid dan penduduk kampung telah di adakan seperti pertandingan-pertandingan, nombor bertuah dan mencari harta karun.

Acara sukan hari penutup sekolah ini telah di buka rasmi oleh Ketua Kampung Ukong Awang Nendaroh.


Guru Besar Cikgu Samihon meneka tempat yang betul bagi acara mencari harta karun. Acara ini juga di sertai oleh guru-guru dan penduduk-penduduk kampung.


Antara permainan yang di sertai oleh murid-murid semasa acara sukan ini.


Penduduk-penduduk kampung ikut serta dalam beberapa permainan yang telah di anjurkan.

Murid-murid membuat sorakan 'hooray' sebanyak 3 kali di penghujung acara ini. Tahniah di ucapkan kepada semua guru-guru, kakitangan sekolah dan penduduk kampung yang sama-sama menjayakan majlis ini.








Keputusan PSR 2008

Peratus murid-murid yang lulus dalam PSR 2008 untuk sekolah ini ialah 93%. Pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepada yang berjaya dan bagi murid yang gagal di harap supaya tidak berputus asa.
Gambar murid ketika melihat markah keputusan PSR semasa keputusan baru di keluarkan.

Kempen Kebersihan Kawasan Sekolah

Sekolah Rendah DPS Ukong Tutong II telah mengadakan kempen kebersihan kawasan sekolah bersama penduduk-penduduk kampung dan murid-murid darjah 5 dan 6 pada 16hbNovember2008.

Gambar kenangan cikgu Johan bersama murid-murid ketika kempen.

Cikgu Hasri dan murid-murid sedang mencantikkan kawasan sekolah tanpa mengerti penat lelah dan cuaca panas.

Salah seorang daripada ahli PIBG Awang Daya Bin Nawat yang ikut bersama bergotong-royong pada hari tersebut. Ustaz Hasrin dan Cikgu Azri yang tidak kurang rajinnya dalam sama-sama membantu mencantikkan kawasan sekolah. =)



Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat cawangan Lamunin yang turut sama menolong di dalam acara membersihkan kawasan sekolah.



Cikgu Samihon(Guru besar), Cikgu Hamzah(Penyelia daerah kawasan Tutong II) dan penduduk kampung semasa acara menanam pokok buah-buahan di kawasan sekolah ini.


Guru-guru, penduduk kampung dan murid-murid menikmati jamuan setelah selesai membersihkan kawasan sekolah.







Menjelang Peperiksaan Akhir Tahun.


Guru Besar Cikgu Samihon ketika melawat murid ke kelas-kelas yang tengah menghadapi peperiksaan akhir tahun. Gambar kelas darjah 5 yang menduduki peperiksaan di dewan untuk membiasakan bagi menghadapi peperiksaan PSR tahun hadapan.









Antara gambar-gambar murid ketika menduduki peperiksaan akhir tahun pada tahun ini.



Murid bernama Rodisahriman semasa menjawab kertas soalan peperiksaan akhir tahun.
Rendah Bawah: 10/11/2008-12/11/2008.
Rendah Atas : 10/11/2008-13/11/2008.

Tuesday 11 November 2008

Majlis sambutan Hari Guru kali ke 18

Doa pembukaan bagi majlis sambutan Hari Guru kali ke 18 bagi Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong II yang di baca oleh Ustaz Hazrin.

Gambar Guru Besar Sekolah Rendah DPS Ukong bersama Ketua Kampong Ukong Tutong.



Murid-murid daripada darjah 1-6 ketika membuat persembahan untuk majlis sambutan Hari Guru di sekolah ini


Persembahan nyanyian yang di buat daripada murid-murid darjah pra.


Acara penyerahan hadiah yang di sampaikan oleh guru besar Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong kepada murid-murid yang menang bagi aktiviti membuat Kad ucapan sempena Hari Guru.



Para tetamu sedang melihat pameran kerja tangan yang di hasilkan oleh murid-murid di sekolah ini.



Bergambar bersama antara tetamu-tetamu yang hadir dan guru-guru di sekolah ini.