BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 26 January 2009

Diagnostic test.

'Numeracy and literacy diagnostic test' rancak di jalankan di sekolah ketika ini. Ini adalah untuk menguji taraf kemahiran murid-murid.


Murid yang membuat 'test' masing-masing.




Gambar cikgu Linah(gambar atas) dan cikgu Libau(gambar bawah) ketika menjalankan literacy test. Semoga maju jaya di ucapkan kepada murid-murid.



Lawatan PPKDT2 dan Penyelia Tutong ii.

Lawatan daripada PPKDT2 Cikgu Abdul Kani dan Penyelia Cikgu Hamzah ke sekolah ini di sambut oleh Guru Besar sekolah. Beliau memantau perkembangan sekolah, bertukar pendapat dengan guru-guru di sekolah ini dan sempat melawat ke kelas-kelas.

Gambar di dalam pejabat Guru Besar.

Cikgu Salmah guru Tahun 6 semasa mengajar ketika di lawat oleh PPKDT2 Cikgu Abdul Kani.



Pembelajaran murid Tahun 6 semasa beliau masuk melawat.









Gambar-gambar semasa kelas yang beliau lawati semasa lawatan beliau ke sekolah rendah DPS Ukong Tutong ii.




Guru Besar sek.ren DPS Ukong sempat membimbing seorang murid tahun 1. Terima kasih di ucapkan di atas lawatan daripada cikgu-cikgu ke sekolah ini.





Tuesday 13 January 2009

Skim Permakanan Sekolah.

Sekolah Rendah DPS Ukong Tutong II masih lagi mengamalkan skim permakanan sekolah hingga sekarang yang di adakan sejak dulu lagi. Murid-murid akan di awasi oleh guru-guru sekolah ini semasa makan.

Murid-murid menikmati makan tengah hari bersama-sama sebelum pulang dari sekolah.


Selepas makan, semua murid akan berdiri untuk membaca doa selepas makan sebelum beredar pulang.


Guru berpindah.

Cikgu Johan memberikan ucapan kepada murid-murid di akhir hari beliau berkhidmat di sekolah ini. Beliau akan berpindah ke sekolah Rendah Bakiau Tutong.

Semua murid-murid berkesempatan untuk bersalaman dengan Cikgu Johan sebelum beliau berpindah.
Pihak sekolah mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas jasa dan khidmat Cikgu Johan dan juga 2 orang guru yang telah berpindah juga iaitu Cikgu Dang Niah dan Ustaz Hasrin sepanjang mengajar di sekolah ini.

Monday 12 January 2009

Hari Pertama Masuk Sekolah

Selamat kembali bersekolah di ucapkan kepada guru-guru dan murid-murid. Antara aktivi yang berlangsung pada minggu pertama ini ialah menyambut kedatangan murid-murid Pra 2009.

Kemasukan murid Pra 2009.
Kiri: Cikgu Hjh Norsanam-bertangungjawab untuk mengajar darjah Pra pada tahun ini.
Kanan: Cikgu Abdul Hasri memberikan penerangan kepada ibubapa murid Pra.




Gambar ibubapa dan murid-murid baru darjah Pra tahun 2009.

Murid Pra tahun 2009 ialah seramai 10 Orang.