BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 22 February 2009

sHaRiNg uSefuL PDF fiLes fOr teaCheRs

Hi~~OnCe aGaiN I wOuLd LikE tO sHaRe 3 moRe fiLeS wiTh teaChers iN BrUneI..It is not PoWerPoInt FiLes, iT is PDF fiLes. YoU caN dOwnLoad it To yOur PC. I poSteD tHoSe fiLes iN EduCaTionaL sLidEsHoWs bOx. HopE those fiLeS wiLL Be uSefuL tO yOu...

3 PDF fiLeS :

  • ArTicLeS - eIthEr / neItHer
  • ToP 100 tooLs ( weBsiTes )
  • IELTS

Saturday 21 February 2009

rEaDy...oNe, tWo, sMiLe.......

Thursday Morning, 19th February 2009. SyuKur AlhamDulillah...it was a nice day but a bit foggy. Walaubagaimana pun, rancangan untuk mengambil gambar kelas - kelas dan kelab dalaman berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Seperti tahun - tahun yang lalu till now, photographer pada pagi itu adalah Cikgu Samihon bin Haji Kechi, Guru Besar SR DPS Ukong, Tutong II. Since he likes and enjoys taking photo, so using his camera that day, he took all the photo by himself. Some of the teachers were busy ordering the pupils to get ready to take photo. Here are some photos taken by our Guru Besar that day....


Aktiviti acara Keraian Sampingan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun peringkat sekolah masih lagi diteruskan sehingga hujung bulan Februari. Aktiviti ini kami jalankan setiap hari persekolahan, ianya selepas perbarisan pagi. Aktiviti Acara Keraian Sampingan ini, bukan hanya sekadar mengajar murid - murid memupuk rasa semangat patriotik dan cintakan negara, malah, secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menolong murid - murid yang lemah dalam bacaan, dimana mereka boleh belajar membaca melalui aktiviti nyanyian. "I Hear And I Forget, I See And I Believe, I do And I Understand".

"Class Photo" Tahun 4 bagi tahun 2009.
Cikgu Kumayanty bte Marak, guru kelas Tahun 4

Computer Club photo tahun 2009
# Ketua Pengawas ICT: Cikgu Nennee bte Nendaroh
# Penolong : Cikgu Ahmad Azri bin Muhd Murat # Ahli : Cikgu Kumayanty bte Marak

Guru - Guru Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II bagi tahun 2009.

"School photo" Guru - guru dan murid - murid tahun 2009.

Friday 20 February 2009

SR DPS Ukong Football Club

Perlawanan bola sepak sekolah-sekolah rendah Tutong II telah di rasmikan dengan perlawanan di antara Sekolah kitani iaitu SR DPS Ukong dengan SR Bukit. Perlawanan di adakan di padang SR Muda Hashim. Keputusan perlawanan SR DPS Ukong kalah dengan jaringan 0-2 di tangan SR Bukit.

Edijul, Omenson, Azman, Norabil, Veradino, Akmal, Rajihan, Shafiq, Cikgu Ahmad Azri(Pengawas).
Drolizafuan, Iman, Ardini, Ali, Amirul, Wafi, Azrul dan Suhimin.
SR DPS Ukong 0-2 SR Bukit

Sunday 15 February 2009

sliDeShOws AcaRa MeNaiKKan BenDeRa SeMpENa HaRi KeBanGsaaN YaNg Ke 25 TaHuN PeRinGkaT SeKoLaH (SaTuRdaY 14th FeBruaRy 2009)

Click to play 25th NaTiOnaL DaY


Create your own slideshow - Powered by Smilebox






ACARA KERAIAN SAMPINGAN SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 25 TAHUN PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum, sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 pada tahun ini, sekolah ini telah mengadakan acara Keraian Sampingan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah dengan menaikkan bendera kebangsaan dan menyanyikan sebuah lagu patriotik Negara iaitu, "Bendera Negara". Acara ini telah diadakan pada hari Sabtu, 14 Februari selepas aktiviti program membaca dan bijak sifir kira - kira jam 8.00 pagi di kawasan lapang berhadapan bangunan sekolah.





Acara dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan Negara 'Allah Peliharakan Sultan' dan diikuti dengan bacaan teks doa sekolah.



Guru-guru yang mengawas perkumpulan pada pagi itu juga turut serta menyanyikan lagu patriotik negara.


Murid - murid kelihatan begitu bersemangat menyanyikan lagu patriotik negara.

Guru - guru dan semua murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai setelah selesai acara nyanyian lagu patriotik.

Untuk mengakhiri acara di pagi itu, guru - guru mengantung banner Hari Kebangsaan yang telah dibantu oleh beberapa orang murid lelaki . Sekali lagi guru - guru dan beberapa orang murid lelaki bergambar berlatar belakangkan banner Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 25 Tahun.

Di kesempatan ini Guru - guru, Kakitangan dan murid - murid sekolah SR DPS Ukong Tutong II ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 25 Tahun".... Sampai berjumpa lagi di acara Keraian Sampingan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah yang akan datang.

Friday 13 February 2009

sHaRiNg eDuCaTiOnaL wEbsItes LiNk

sHaRiNg eDuCaTiOnaL wEbsItes LiNk for teachers. You can find the Links list under EDUCATIONAL LINKS LIST. Most of the websites that i have found is very interesting and useful. I tried the ictgames website and it was nice and easy for teachers and pupils to play the games. You can use the games for your class activity. Since our Ministry encourage us to apply and implement the usage of ICT in teaching and learning, so i'm suggesting you the ict games but you have to online while playing the games. It cannot be download as the website is temporary for trial. Most of the games can be applied to lower primary English and Maths.

Thursday 12 February 2009

DoN't eVeR MaKe SoMeOnE YoUr eVeRyThiNg

AnIs MaRsHeiLLa bTe mIcHaeL
wEdNeSdAy 13th FeBrUaRy 2008
PrImArY OnE
mIsS yOu So mUcH

You'll Have Nothing
MySpace Graphics & Myspace Layouts



Wednesday 11 February 2009

Rombongan daripada Kementerian Kesihatan dan YB Pehin Timbalan Menteri Kesihatan

Berita yang dapat saya kongsikan pada hari ini ialah lawatan daripada Timbalan Menteri kesihatan Negara Brunei Darussalam Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pakerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah berserta rombongan meninjau keadaan kesihatan murid-murid dan persekitaran sekolah serta kampung Ukong keatas kesan bencana banjir yang masih melanda yang kini hampir pulih. Disamping itu menjalankan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai-pegawai kesihatan bagi warga sekolah dan penduduk kampung Ukong.


Gambar-gambar ahli-ahli dari rombongan ini membuat persediaan sebelum memulakan pemeriksaan.

Yang Berhormat Pehin Timbalan Menteri Kesihatan menandatangani buku lawatan sekolah.




Yang Berhormat Pehin Timbalan Menteri Kesihatan sempat melawat beberapa kawasan di sekolah ini dengan di iringi oleh Guru Besar sekolah dan juga Ketua Kampung Ukong.

Guru-guru di sekolah ini sedang menjaga murid-murid yang akan membuat pemeriksaan nanti.


Murid-murid, guru-guru dan penduduk kampung yang sabar menunggu giliran untuk di periksa nanti.


Gambar ketika pihak daripada kementerian kesihatan memeriksa murid-murid, guru-guru dan penduduk kampung.

Kakitangan kesihatan memberi penerangan mengenai ubat yang diberikan kepada murid.

Murid sekolah di berikan ubat setelah membuat pemeriksaan.

Guru-guru sekolah ini sempat bergambar ramai bersama-sama dengan rombongan yang datang pada hari ini.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rombongan yang telah datang memeriksa keadaan warga sekolah dan penduduk kampung Ukong.













Tuesday 10 February 2009

Selamat kembali bagi guru-guru di sekolah ini

Assalamualaikum, setelah 3 hari cuaca yang baik di Daerah Tutong akhirnya Guru-guru di Sekolah ini dapat berkumpul bersama-sama di Sekolah Rendah DPS Ukong Tutong II setelah masing-masing mempunyai masalah laluan ke sekolah dan terpaksa melapor di sekolah lain. Pada hari ini guru-guru menggunakan kenderaan besar yang di sediakan oleh ABDB dari Sungai Damit untuk ke sekolah. Perjumpaan bersama guru-guru di lakukan untuk membincangkan perkara-perkara yang dapat di buat selepas peristiwa banjir.

Perjumpaan di ketuai oleh Guru Besar Sekolah Cikgu Samihon Bin Kechi. Perbincangan yang di lakukan seperti kempen kebersihan, persediaan menjelang hari kebangsaan dan hal-hal lain.



Walaupun sibuk dengan masalah banjir pihak sekolah tidak lupa untuk mengibarkan bendera-bendera kebangsaan di bangunan dan pagar sekolah sempena Hari Kebangsaan Negara yang tercinta.


Alat bantu mengajar yang basah akibat banjir di jemur untuk digunakan lagi pada masa akan datang.



Luar bangunan sekolah juga turut di bersihkan bersama-sama pada hari ini.







Bilik kerja guru-guru di bersihkan oleh guru-guru dan juga murid-murid rendah atas. Kempen kebersihan ini di lakukan dengan di siram menggunakan air dengan sabun untuk membuang bau yang tidak disenangi akibat banjir.
Semoga cuaca akan kekal baik seperti ini supaya kawasan-kawasan yang banjir akan surut, Amin.







Monday 9 February 2009

sHaRiNg uSeFuL eDuCaTiOnaL sLiDeShOws for Teachers.

List Of Educational SlideShows : -

  • An English Lesson Fun For Everyone
  • 39 Activities For English Lesson
  • Basic Of English Grammar
Take a few minutes to view one of the slides. You can find it on the sidebar under Educational Slideshow box.There are very useful and interesting slide for teachers. By viewing the slideshow, you can get some ideas how to make your lesson and activity fun and interesting. An English Lesson fun for everyone slideshow is suitable for picture composition activity.Through the activity pupils can improve their thinking skills, they can get some ideas from the slides even some of them might contribute his / her ideas as well. Those slideshows can be apply with other subjects. You can view full or download it to your computer/laptop.

Saturday 7 February 2009

Berita Terkini Dan Salam Rindu Dari C.Limbau Dan C.NaNi Untuk Guru - Guru Ukong Yang Sudah Lama Tidak Bersua.

Saturday - 7th February 2009. Today is the fourth day of natural disaster. To all teachers of SR DPS Ukong who couldn't able to come to school due to the flash flood, i've got news to share with all of you..... Flash flood hit our school last night. To Cikgu Salmah, I'm sorry to say that your Science Garden was ruined so badly. I took some photos of the affected area for cikgu - cikgu to view the effect of the flash flood to our school. Below is the slideshow of the photos. Just wait for a few minutes until it stops buffering then click on play to view the photos. Click on "Full Screen " button ( at the right bottom of the slideshow) to view full screen.

Friday 6 February 2009

Natural Disaster

It was the 2nd day of natural disaster that hit in Kampung Ukong on the 5th of February. Gambar keadaan rumah salah seorang guru yang mengajar di SR DPS Ukong Tutong II yang tinggal di Kampung Ukong.

Paras air tingginya kira - kira 3 kaki telah membanjiri garage kereta.

Jalan raya di kawasan depan rumah ditenggelami oleh air.

Kawasan lapang sebelah kanan rumah

Paras air banjir di veranda depan rumah.

Keadaan simpang masuk ke kawasan rumah.