BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 8 April 2009

TAHNIAH KEPADA DYG ARDINA BTE ADAUS

Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada Dyg Ardina bte Adaus yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Mari Bercerita Peringkat DaerahTutong yang telah diadakan di Sekolah Rendah Bukit Udal pada hari Sabtu yang lepas. Dyg Ardina bte Adaus merupakan pelajar Tahun 6 yang sangat aktif dalam mana - mana pertandingan bahagian akademik bagi mewakili Sekolah Rendah DPS Ukong. Sebelum ini juga, Dyg Ardina dan dua rakan sekelas, Dyg Nur Hazimah bte Hj Awang Zaini dan Dyg Rosfazila bte Pitur , juga turut menyertai pertandingan Science Presentation yang telah diadakan di Sekolah Rendah Long Mayan baru - baru ini. Pihak sekolah juga tidak lupa mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang mewakili sekolah dan telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga ditujukan kepada Cikgu Abdul Hasri bin Haji Naim ( Science Presentation ) dan Cikgu Sagala bte Payong ( Mari Bercerita ) dan ibubapa murid yang terlibat, yang telah berusaha membimbing dan melatih mereka dalam menghadapi pertandingan yang telah mereka ikut serta.

Dyg Ardina Bte Adaus, merasa gembira kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Mari Bercerita Peringkat Daerah Tutong