BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 30 September 2009

Sesi kongsisama Windows Live bersama guru-guru

Rabu, 30hb September 2009 - Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah mengadakan sesi kongsisama bersama guru-guru mengenai Windows Live. Sesi ini telah disampaikan oleh Cikgu Nennee Binti Nendaroh bertempat di bilik ICT sekolah.

Cikgu Nennee mengongsikan maklumat bersama guru-guru mengenai Windows Live.

Guru-guru mendengar sesi kongsisama yang disampaikan

Guru-guru mengaktifkan Windows Live account masing-masing

Sunday 20 September 2009

SeLaMaT MenYamBuT HaRi RaYa AiDiLfitRi

Seluruh warga Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di Brunei dan di mana - mana saja yang akan menyambut hari raya pada tahun ini dan Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...Semoga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...Hati-hati bila pulang ke kampung...InsyaAllah...Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi....InsyaAllah...

Enter Fleedy.com

Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang ku lakukan diampuni oleh Nya....

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI WARGA SEKOLAH RENDAH DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG II

SELAMAT HARI RAYA ......MAAF ZAHIR DAN BATIN.......

Wednesday 2 September 2009

JASA MU DIKENANG - CIKGU SAMIHON BIN HAJI KECHI


Jasamu Dikenang




Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.




Dipetik daripada ; http://www.geocities.com/sajak29/moden/guru/0037.htm
Hasil Nukilan ; Ahmad Sarju Mac 1988

2nd Tribute video. Gambar - gambar kenangan bersama beliau ketika rombongan lawatan daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah, Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 25 tahun peringkat sekolah dan sesi bergambar ramai (guru dan murid) sempena sesi persekolahan awal tahun 2009.


Tribute Video Part II.