BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 December 2009

Majlis Perpisahan Cikgu Nennee

Pada 25 November 2009 bersamaan dengan 8 Zulhijjah 1430, Sekolah Rendah DPS Ukong telah meraikan majlis perpisahan guru sekolah ini iaitu Cikgu Nennee Binti Nendaroh. Beliau telah mengajar selama 7 tahun di sekolah ini dan telah mengajar English RELA dan ICT. Selama perkhidmatan di sekolah ini, beliau telah banyak membantu mengendalikan dan menjayakan projek-projek yang telah diadakan di sekolah ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang telah diberikan oleh Cikgu Nennee demi Sekolah Rendah DPS ukong.

Sebuah kata-kata untuk beliau :-

I hate to say good-bye
Yet we have to say farewell
For we shall meet again
That I can foretell


The future is unpredictable
Tomorrow is uncertain
Keep our laughs and memoirs
But I wish you have no burden

We shall keep on learning
Remain as students and become as mentors
Face the unknown with confident yearning

Pursue our life endeavours

I wish you farewell,
To new and better things,
No matter how hard it is,
Never give it up.
Reach for what you want,
And you'll soar into the sky.
So long, I bid you a farewell,
No matter how hard it may be to let you go.
I'll see you again,
whether you come to visit or it's in my memories.
Never forget those who love you,
for they are always there for you.
I wish you a farewell,
To a new and more exciting adventure.
Although there will be hard times,
Forget them and remember the good ones
You had here with your family and friends.


Dhainee Pfafflin, Holli Casey

Farewell, My Friends, Adieu

Thursday 3 December 2009

Majlis 3 dalam 1

Tarikh : 22hb November 2009 / 5 Zulhijjah 1430
Hari : Ahad
Jam : 8.00 pagi dan 2.00 petang
Tempat : Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II


Sesi sebelah pagi, sekolah ini telah mengadakan acara 3 dalam 1 iaitu Majlis Penutup Sekolah, Majlis Hari Guru dan Majlis Perpisahan Guru Besar (Cikgu Samihon Bin Hj. Kechi) yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong. Tetamu kehormat pada acara yang diraikan ialah Penghulu Kampong Pekan Tutong, Yang Mulia Awang Azahari Bin Hj. Iradat. Majlis ini juga telah mengadakan pelbagai persembahan oleh murid-murid Sekolah Rendah DPS Ukong dan berlangsung pada hari tersebut, penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang juga telah berlangsung dalam majlis ini.

Acara sesi petang yang bermula pada pukul 2.00 petang, diteruskan dengan acara sukan. Acara ini dibahagikan kepada penduduk-penduduk kampung dan murid-murid. Acara sukan bagi penduduk-penduduk kampung adalah seperti mencari barang berpandukan kad (kad tersebut diikat di kaki ayam dan peserta perlu menangkap ayam tersebut), meniup belon hingga pecah, memukul bola dengan menggunakan 'stick hoki' dan sebagainya. Manakala acara sukan bagi murid-murid pula ialah mengutip gula-gula, mengisi air dalam botol hingga penuh, lompat katak dan lain-lain lagi. Acara kemuncak sukan ini ialah mencari harta karun di padang sekolah (keadaan padang sekolah banjir).