BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 1 April 2010

Sukan Ria Murid-Murid SR DPS Ukong

Isnin, 29hb Mac 2010 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong II memulakan hari permulaan sekolah penggal kedua dengan mengadakan sukan ria untuk murid-murid. Sukan ini diadakan di padang sekolah DPS Ukong pada jam 10 pagi.

Sukan-sukan yang telah disediakan oleh murid-murid seperti;
  • Pra - Berlari mengutip bola dan memasukkan ke dalam bakul
  • Tahun 1 - Membawa bola pakai sudu
  • Tahun 2 - Berlari sambil membawa pundi kacang atas kepala
  • Tahun 3 - Membawa getah dengan straw dan memasukkan ke dalam bakul
  • Tahun 4 - Membaca pundi kacang di hujung kaki dan memasukkannya ke sasaran
  • Tahun 5 - Boling kelapa
  • Tahun 6 - Lari ikat kaki