BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 31 July 2010

Aktiviti Sempena Bulan Syaaban

Sabtu - 31hb Julai 2010 bersamaan dengan 19 Syaaban 1431. SR DPS Ukong telah mengadakan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam, di Rumpau, Tutong yang diketuai oleh Cikgu Chan Ben Fui dan diikuti oleh guru-guru dan murid-murid yang hadir.







Membaca doa tahlil pula diketuai oleh Ustaz Mazlani Bin Haji Alias, diiringi oleh guru-guru dan murid-murid yang beragama islam.


Selepas kembali dari tanah perkuburan, diadakan lagi membaca surah Yassin di bilik Ibadat Sekolah.


Saturday 17 July 2010

PERINGKAT AKHIR OLAHRAGA BAGI TUTONG II

Sabtu, 17hb Julai 2010 bersamaan dengan 5 Syaaban 1431 - Acara olahraga peringkat akhir telah diadakan di Sport Complex Tutong dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum Tutong, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan dikelolakan oleh Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong II.

Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong telah mengutip 6 pingat iaitu 1 emas yang dimenangi oleh Rajihan Bin Mesa (Tahun 6) dalam larian 800 meter lelaki, 2 perak yang disandang oleh Zuriny Binti Taroh (Tahun 6) dalam larian 100 meter perempuan dan Julhanniesa Binti Junas (Tahun 6) dalam larian 400 meter perempuan. Manakala Gangsa disandang oleh 3 orang penuntut iaitu Shahrul Nizam Bin Naharuddin (Tahun 6) dalam larian 1500 meter lelaki, Saeriana Binti Sablih (Tahun 5) dalam larian 200 meter perempuan dan Shiqin Binti Hamdan (Tahun 6) dalam lempar cakera perempuan.

Wednesday 14 July 2010

Lawatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Isnin - 5hb Julai, 2010. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah telah mengadakan pemeriksaan kesihatan "Health screening" (ukuran ketinggian,timbangan berat badan, ujian penglihatan ) bagi pelajar Tahun 1, 4, 6 dan pelajar Tahun 2 dan 5 yang terpilih sahaja.





Tuesday 13 July 2010

LAWATAN KE OGDC

Selasa, 13hb Julai 2010 bersamaan 1 Syaaban 1431 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II telah melawat ke OGDC Seria. Murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah dari Tahun 3 hingga Tahun 5.

Bertolak dari sekolah jam 7.45 pagi dan tiba d OGDC jam 8.30 pagi. Memandangkan OGDC dibuka pada jam 9.00 pagi murid-murid berkesempatan bermain di padang permainan OGDC. Tepat pada jam 9.00 pagi murid-murid berbaris dihadapan pintu masuk ke bilik galeri OGDC. Disana murid-murid diberi penerangan mengenai bilik galeri tersebut.

Selepas mendengar penerangan, murid-murid di bawa melihat pameran-pameran yang terdapat di bilik galeri. Murid-murid juga diberi kesempatan mencuba pameran-pameran yang dipamerkan. Lawatan ini berakhir pada jam 10.30 pagi.

Monday 12 July 2010

Aktiviti mempromosi kesihatan

Sabtu, 3hb Julai, 2010 - SR DPS Ukong telah mengadakan senaman ramai yang melibatkan semua warga sekolah selama 15 ke 20 minit. Pergerakan senaman diketuai oleh Cikgu Ahmad Azri dan diikuti oleh guru-guru dan murid-murid yang lain.





Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diadakan bagi murid prasekolah hingga Tahun 6.