BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 29 September 2010

Perlawanan Catur bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II


Isnin. 27hb September 2010 bersamaan 18 Syawal 1431. SR DPS Ukong, Tutong II telah menyertai perlawanan catur yang telah dikendalikan oleh SR PKN Bukit Beruang, Tutong II. Pihak sekolah telah menghantar peserta seramai enam orang murid, lima lelaki dan seorang perempuan. Lima peserta dari SR DPS Ukong telah mendapat kedudukan 10 tangga teratas dalam perlawanan tersebut serta hadiah piala.Guru Besar SR DPS Ukong, Cikgu Chan Ben Fui dan Guru Pengawas, Cikgu Rudi Armi Bin Harun bergambar bersama pemenang dan peserta SR DPS Ukong yang menyertai perlawanan catur.Peserta menunjukkan piala yang mereka perolehi kepada rakan - rakan di SR DPS Ukong.
Peserta SR DPS Ukong yang mendapat tempat 10 tangga teratas ialah:

  1. Hairey Iswandi Yong @ Donny Eldo mendapat tempat pertama
  2. Asrul Adly Phua mendapat tempat kedua
  3. Rajihan Bin Mesa mendapat tempat keenam
  4. Veradino Chan mendapat tempat ketujuh
  5. Mohd Ardini Bin Mohd Mahdini mendapat tempat kesembilan

Staff Development SR DPS Ukong (PNI - INSET) Bahagian 2


Rabu - 22hb September 2010 bersamaan 13 Syawal 1431. Cikgu Abdul Hasri telah mengadakan Sesi perkembangan staff mengenai 'Student-Centred Approach (SCA)' di bilik ICT dari pukul 2 ptg hingga 4.30 ptg. Beliau mengongsi sama dapatan kursus PNI-INSET tersebut bersama semua guru-guru SR DPS Ukong, Tutong II. Di akhir sesi tersebut, beliau menunjukkan klip video pengajaran yang menggunakan kaedah tersebut dari Sekolah Rendah Lamunin serta diadakan sesi soal jawab.

Tuesday 21 September 2010

Lawatan Kerja & Pemantauan Sekolah dari PPK dan PDP 1 Tutong

Selasa - 21hb September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431. Cikgu Hj Rosli Bin Hj Akup, PPK ( Pmk PPD Tutong ) dan Cikgu Zulkifli Bin Hj Ahmad, PDP 1 dari Jabatan Sekolah - Sekolah Tutong telah mengadakan lawatan kerja & pemantauan sekolah termasuk berbincang dengan guru kanan mengenai persiapan PSR tahun 2010. Sempena lawatan itu juga, Cikgu Hj Rosli dan Cikgu Zulkifli juga bersempatan melawat dan merhatikan pembelajaran dan pengajaran murid darjah pra.
Cikgu Hj Rosli dan Cikgu Hjh Norsanam Hj Abd Aziz ( Guru Kelas Pra ) berbincang mengenai pembelajaran murid pra.

Saturday 11 September 2010

Pemeriksaan BMI bagi murid

Selasa - 31hb August 2010. Pihak Sekolah telah menjalankan pemeriksaan kesihatan murid dari pra hingga tahun 6 untuk mengetahui tahap kesihatan dan berat badan murid. Pemeriksaan itu dijalankan oleh guru pengawas kesihatan, Cikgu Ahmad Azri dan dibantu oleh guru-guru lain. Dari pemeriksaan tersebut, didapati hanya 3.23% dari keseluruhan murid mengalami berat badan yang berlebihan.

Dari pemeriksaan tersebut, terdapat juga murid yang kurang timbangan berat badan serta ketinggiannya bagi kanak-kanak yang seusia denganya.
Pengiraan BMI sedang dijalankan menggunakan bahan yang terdapat di internet.