BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 29 October 2010

Aktiviti selepas PSR

Khamis - 28hb Oktober 2010 bersamaan 20 Zulkaedah 1431. Aktiviti lawatan sambil belajar yang disertai oleh 16 orang murid Tahun 6 dan ditemani oleh 4 orang guru iaitu Cikgu Chan Ben Fui, Cikgu Salmah, Cikgu Sagala dan Cikgu Rassin ke Nak Pulau, Bukit Udal Ukong diadakan sempena habisnya peperiksaan Tahun 6. Lawatan ini mendedahkan mereka bagaimana kehidupan orang zaman dahulu.



Wednesday 20 October 2010

Aktiviti mencari harta karun 2

Rabu. 20hb Oktober 2010 bersamaan 12 Zulkaedah 1431. Pencarian disambung kembali dihari kedua. Guru - Guru masih lagi tercari - cari dari mana datangnya bau yang tidak enak itu.



Tempat yang telah dikenali pasti datangnya bau tersebut.Suspek yang disyaki mengeluarkan bau = Bangkai Tikus

Pakar Forensik yang membersihkan tempat kejadian

Aktiviti mencari harta karun 1

Selasa. 19hb Oktober 2010 bersamaan 11 Zulkaedah 1431. Telah didapati sesuatu bau yang tidak enak dihidu oleh murid dikelas Tahun 4 dan Tahun 5 hingga terpaksa berpindah ke bilik ICT dan bilik Sains untuk pembelajaran mereka.

Guru Besar juga turun untuk menolong mencari benda tersembunyi tersebut.Sehingga tengah hari, belum lagi berjaya mencari harta yang tersembunyi tersebut.

Thursday 7 October 2010

Aktiviti Ko-kurikulum Bahagian Keagamaan bulan Oktober


Khamis - 07hb Oktober 2010 bersamaan 28 Syawal 1431. Aktiviti membaca Yassin pada minggu pertama hari khamis pada setiap bulan dibilik ibadat sekolah, telah diadakan mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah. Bacaan diketuai oleh Ustaz Mazlani dan diikuti oleh guru-guru dan murid yang beragama islam.

Monday 4 October 2010

Perjumpaan PIBG sempena sambutan Hari Penutup Penggal Persekolahan bagi Tahun 2010


Ahad - 03hb Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431. Acara ini diadakan di dewan makan SR DPS Ukong. Bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 11 pagi, perjumpaan ini untuk berbincangkan acara-acara yang akan dibuat oleh pihak sekolah dan ibubapa sempena hari penutup penggal persekolahan nanti.

Pengerusi PIBG - Cikgu Abdul Hasri Bin Hj Naim, Timbalan Pengerusi PIBG - Awg Phua Swee Lim, Penasihat PIBG - Cikgu Chan Ben Fui, Setiausaha PIBG - Cikgu Yasa Binti Bayan, Ketua Kampong Ukong - Awg. Muhd Nendaroh Bin OKDR Gadong.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Guru


Sabtu - 02hb Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431. Pihak Sekolah telah mengadakan majlis sambutan tersebut dengan melibatkan semua warga sekolah serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PIBG.Awg Nurasrien Bin Masri dan Dyg Zuriny Binti Taroh (murid tahun 6 ) serta Cikgu Hana Binti Hj Muhd Zaki menjadi Juru acara majlis tersebut.
Persembahan nyanyian dari murid-murid rendah bawah dan rendah atas

  • Nyanyian lagu Hari Raya
  • Nyanyian "Because you loved me"
  • Nyanyian "Guru oh Guru"
Ucapan wakil-wakil murid Darjah Pra, Tahun 1 hingga Tahun 6Guru Besar dan ahli -ahli jawatankuasa tertinggi PIBG