BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 28 November 2010

PELANCARAN PENYERAHAN DST BROADBAND

Khamis, 19 Zulhijjah 1431 bersamaan dengan 25 November 2010 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II telah diundang untuk menghadiri majlis pelancaran penyerahan DST broadband yang bertempat di Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa Muara. Tetamu kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Junaidi Bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Hihger Education) Ministry of Education.

Majlis bermula dengan nyanyian koir lagu Kebangsaan dari murid-murid Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam. Kemudian di ikuti dengan bacaan doa oleh ustaz sekolah tersebut. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh pihak DST and Ericsson dan dari tetamu kehormat majlis. Selanjutnya, tetamu kehormat majlis dan para jemputan sekalian menyaksikan persembahan yang telah disediakan oleh sekolah tersebut iaitu nyanyian koir tema Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam dan tarian cha cha. Seterusnya majlis kemuncak iaitu pelancaran penyerahan DST broadband kepada setiap sekolah yang terpilih.

Sebelum majlis bersurai dan menikmati jamuan, Tetamu kehormat dan para jemputan dibawa untuk menyaksikan penggunaan DST Broadband dan laptop yang telah ditaja oleh DST and Ericsson di bilik ICT sekolah tersebut.


Sekali lagi pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DST and Ericsson kerana memilih sekolah kami dalam penggunaan DST Broadband, router dan laptop.

Friday 19 November 2010

MAJLIS MENANDATANGNI PERJANJIAN DENGAN DST AND ERICSSON

Rabu, 11 Zulhijjah 1431 bersamaan dengan 18 November 2010 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II telah dipilih oleh DST and Ericsson dalam penggunaan internet menggunakan DST broadband di sekolah. DST and Ericsson juga telah menajakan router dan 2 biji laptop untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Menandatangani persetujuan ini telah dilakukan di DST Headquarters, Bandar Seri Begawan. Persetujuan telah ditandatangani oleh Cikgu Kumayanty Binti Marak wakil Guru Besar sekolah (Chan Ben Fui) dengan group corporate services Awang Haji Matnaruddin Bin Ibrahim, vice president for major accounts and busines development Singapore and Brunei Mr. Mark Thong.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada DST and Ericsson atas kepercayaan mereka menajakan DST boradband bersama dengan router dan Laptop.

Friday 5 November 2010

Majlis Pertandingan Kuiz Ugama

Isnin - 1 November 2010 bersamaan 24 Zulkaedah 1431. Satu pertandingan telah pun diadakan di Dewan Makan SR DPS Ukong, Tutong II. Bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 9.45 pagi. Pertandingan ini adalah anjuran Jabatan Ko-kurikulum Tutong dan dijalankan oleh pihak sekolah. Pertandingan diadakan sebanyak tiga pusingan dan peserta terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid tersebut dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Sayyidina Hussin, Sayyidina Omar, Sayyidina Ali dan setiap kumpulan mengandungi seorang murid tahun 4, 5 dan 6. Tetamu kehormat pada hari itu ialah Yang Mulia Cikgu Haji Keria Bin Mamut, Penolong Penyelia Di Jabatan Ko-Kurikulum di Daerah Tutong.