BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, 11 September 2010

Pemeriksaan BMI bagi murid

Selasa - 31hb August 2010. Pihak Sekolah telah menjalankan pemeriksaan kesihatan murid dari pra hingga tahun 6 untuk mengetahui tahap kesihatan dan berat badan murid. Pemeriksaan itu dijalankan oleh guru pengawas kesihatan, Cikgu Ahmad Azri dan dibantu oleh guru-guru lain. Dari pemeriksaan tersebut, didapati hanya 3.23% dari keseluruhan murid mengalami berat badan yang berlebihan.

Dari pemeriksaan tersebut, terdapat juga murid yang kurang timbangan berat badan serta ketinggiannya bagi kanak-kanak yang seusia denganya.
Pengiraan BMI sedang dijalankan menggunakan bahan yang terdapat di internet.

Wednesday, 18 August 2010

Lawatan Ke Pameran PPPS+M


Rabu - 11hb Ogos 2010 bersamaan 30 Syaaban 1431. SR DPS Ukong telah mengadakan lawatan ke Pameran PPPS+M di Sekolah Rendah Danau, Tutong II. Murid yang terlibat hanyalah Tahun 1, 2 , 3 dan 4 beserta guru kelas masing-masing sementara Murid Tahun 5 dan 6 telah mengadakan lawatan sehari sebelumnya.
Cikgu Abd. Hasri bin Haji Naim (GK 1) menerangkan peraturan-peraturan serta apa yang patut murid buat ketika berada di pameran tersebut.

Tuesday, 10 August 2010

SCIENCE TRAIL CHALLENGE + M

PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN SAINS & MATEMATIK (PPPS+M)
Science Trail Challenge + M
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN TUTONG II 2010

Tempat: Sekolah Rendah Danau, Tutong II
Tarikh : 28 Syaaban 1431 / 09 Ogos 2010

Tetamu Kehormat:
Yang Mulia Cikgu Abdul Khani Bin Abdullah
Pemangku Penolong Pengarah Daerah Tutong

Saturday, 31 July 2010

Aktiviti Sempena Bulan Syaaban

Sabtu - 31hb Julai 2010 bersamaan dengan 19 Syaaban 1431. SR DPS Ukong telah mengadakan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam, di Rumpau, Tutong yang diketuai oleh Cikgu Chan Ben Fui dan diikuti oleh guru-guru dan murid-murid yang hadir.







Membaca doa tahlil pula diketuai oleh Ustaz Mazlani Bin Haji Alias, diiringi oleh guru-guru dan murid-murid yang beragama islam.


Selepas kembali dari tanah perkuburan, diadakan lagi membaca surah Yassin di bilik Ibadat Sekolah.


Saturday, 17 July 2010

PERINGKAT AKHIR OLAHRAGA BAGI TUTONG II

Sabtu, 17hb Julai 2010 bersamaan dengan 5 Syaaban 1431 - Acara olahraga peringkat akhir telah diadakan di Sport Complex Tutong dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum Tutong, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan dikelolakan oleh Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong II.

Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong telah mengutip 6 pingat iaitu 1 emas yang dimenangi oleh Rajihan Bin Mesa (Tahun 6) dalam larian 800 meter lelaki, 2 perak yang disandang oleh Zuriny Binti Taroh (Tahun 6) dalam larian 100 meter perempuan dan Julhanniesa Binti Junas (Tahun 6) dalam larian 400 meter perempuan. Manakala Gangsa disandang oleh 3 orang penuntut iaitu Shahrul Nizam Bin Naharuddin (Tahun 6) dalam larian 1500 meter lelaki, Saeriana Binti Sablih (Tahun 5) dalam larian 200 meter perempuan dan Shiqin Binti Hamdan (Tahun 6) dalam lempar cakera perempuan.

Wednesday, 14 July 2010

Lawatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Isnin - 5hb Julai, 2010. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah telah mengadakan pemeriksaan kesihatan "Health screening" (ukuran ketinggian,timbangan berat badan, ujian penglihatan ) bagi pelajar Tahun 1, 4, 6 dan pelajar Tahun 2 dan 5 yang terpilih sahaja.