BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 4 March 2010

Latihan netball bersama guru-guru

Tarikh : 4hb Mac 2010 (Khamis)
Tempat : Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II
Jam : 7.30 pagi - 9.00 pagi

Dengan kemasukkan pasukan bola jaring SR DPS Ukong ke peringkat separuh akhir, pagi tadi latihan bersama guru-guru SR DPS Ukong dengan pasukan bola jaring telah diadakan.

Perlawanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Kawasan Tutong II

Rabu, 3hb Mac 2010 - Perlawanan bola jaring sekolah-sekolah kawasan Tutong II telah berlangsung di padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong I. Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong II telah memenangi dua perlawanan bola jaring menentang Sekolah Rendah Tumpuan Telisai dengan jaringan 7 - 0 dan Sekolah Rendah Danau dengan jaringan 11 - 0. Dengan itu murid-murid Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II memasuki peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada hari sabtu, 6hb Mac 2010.

Perlawanan di antara SR DPS Ukong dengan SR Tumpuan Telisai

Perlawanan di antara SR DPS Ukong dengan SR Danau.

Wednesday, 24 February 2010

Semangat Patriotik SR DPS Ukong

Rabu, 24hb Februari 2010 - Murid-murid dan guru-guru Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II telah mengadakan nyanyian lagu patriotik iaitu Berkibarlah Bendera nyanyian Hashim Abd Wahab sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-26 Tahun. Acara ini diadakan di dewan sekolah.

Monday, 22 February 2010

Kongsisama 30 Seconds Mental Mathematics Challenge

Sabtu, 20hb February 2010 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong II telah mengadakan kongsisama 30 Seconds Mental Mathematics Challenge di Bilik Mesyuarat Kokurikulum di Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong. Kongsisama 30 Seconds Mental Mathematics Challenge ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Para jemputan terdiri daripada guru-guru sekolah rendah Tutong II.

Hadir bersama dalam kongsisama ini Cikgu Khani Bin Abdullah Ulang (Pemangku Penolong Pengarah Rendah), Cikgu Hj. Mohd. Shuani Bin Hj. Kadir (Penolong Pegawai Pelajaran Kanan Tutong I), Cikgu Rosli Bin Akub (Pegawai Penyelia Daerah Tutong I) dan Cikgu Zulkifli Bin Haji Ahmad (Diperbantukan Pegawai Penyelia Daerah Tutong I).

Cikgu Khani Bin Abdullah Ulang (Pemangku Penolong Pengarah Rendah) menyampaikan kata alu-aluan Beliau sebelum memulakan acara seterusnya.

Kongsisama 30 Seconds Mental Mathematics Challenge telah disampaikan oleh tiga orang guru SR DPS Ukong, Tutong II iaitu Cikgu Yasa Binti Bayan, Cikgu Abdul Hasri Bin Hj. Naim dan Cikgu Kumayanty Binti Marak.


Cikgu Hj. Mohd. Shuani Bin Hj. Kadir (Penolong Pegawai Pelajaran Kanan Tutong I) dan Cikgu Rosli Bin Akub (Pegawai Penyelia Daerah Tutong I) memberi cadangan dan ulasan mengenai penyampaian 30 Seconds Mental Mathematics Challenge.

Monday, 8 February 2010

Lawatan dari Unit Perlaksanaan dan Pemantauan SPN21 Kementerian Pendidikan

Sabtu, 6hb Februari 2010 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong II menerima lawatan dari Unit Perlaksanaan dan Pemantauan SPN21. Lawatan tersebut dijalankan oleh Cikgu Hj. Ghazali dan Cikgu Amzah Bin Hj. Sabtu dari Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong pada jam 7.50 pagi. Pada jam 8.30 pagi, lawatan diteruskan oleh Cikgu Hjh. Rosini Binti Hj. Mohd Yusof, Cikgu Abdul Hamid Bin Hj. Hussein, Cikgu Baharin Bin Hj. Ibrahim dan Cikgu Johnson Lim.

Monday, 1 February 2010

30 Second Mental Mathematics

30hb Januari 2010, 7.30 pagi - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong telah menjalankan aktiviti 30 second mental mathematics di dewan sekolah. Aktiviti ini melibatkan penuntut-penuntut dari tahun 1 hingga tahun 6. Manakala pra sekolah menjalankan aktiviti VITASOY colouring contest.

Murid-murid membaca doa sebelum belajar

Cikgu Abdul Hasri memberi penerangan kepada pelajar-pelajar

Murid-murid mendengar penerangan cikgu

Guru-guru memberikan kertas soalan mengikut kelas-kelas mereka

Murid-murid mula menjawab soalan yang telah diberikan

Pra sekolah - VITASOY colouring contest

Guru-guru memeriksa dan memperbincangkan kertas soalan yang telah dijawab.