BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 12 July 2010

Aktiviti mempromosi kesihatan

Sabtu, 3hb Julai, 2010 - SR DPS Ukong telah mengadakan senaman ramai yang melibatkan semua warga sekolah selama 15 ke 20 minit. Pergerakan senaman diketuai oleh Cikgu Ahmad Azri dan diikuti oleh guru-guru dan murid-murid yang lain.





Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diadakan bagi murid prasekolah hingga Tahun 6.




Saturday, 3 July 2010

Aktiviti Ko-kurikulum Bahagian Keagamaan.

Aktiviti membaca surah Yassin telah diadakan di bilik ibadat sekolah. Aktiviti ini diadakan pada minggu pertama hari khamis, setiap bulan. Bacaan Yassin ini diketuai oleh Ustaz Mazlani Bin Haji Alias diiringi oleh guru-guru dan murid-murid yang beragama islam.



Wednesday, 19 May 2010

AWAS!!!!

Rabu, 19hb Mei 2010 - Pagi ini guru-guru dan murid-murid dikejuti dengan pemandangan yang berbahaya di mana pokok di kawasan sekolah telah tumbang berdekatan dengan tandas guru.






Monday, 3 May 2010

Sambutan Adau Goyoh

Tarik: 1hb Mei 2010 (Sabtu)
Jam: 10.00 - 10.30 pagi
Tempat: Dewan Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II





Thursday, 1 April 2010

Sukan Ria Murid-Murid SR DPS Ukong

Isnin, 29hb Mac 2010 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong II memulakan hari permulaan sekolah penggal kedua dengan mengadakan sukan ria untuk murid-murid. Sukan ini diadakan di padang sekolah DPS Ukong pada jam 10 pagi.

Sukan-sukan yang telah disediakan oleh murid-murid seperti;
  • Pra - Berlari mengutip bola dan memasukkan ke dalam bakul
  • Tahun 1 - Membawa bola pakai sudu
  • Tahun 2 - Berlari sambil membawa pundi kacang atas kepala
  • Tahun 3 - Membawa getah dengan straw dan memasukkan ke dalam bakul
  • Tahun 4 - Membaca pundi kacang di hujung kaki dan memasukkannya ke sasaran
  • Tahun 5 - Boling kelapa
  • Tahun 6 - Lari ikat kaki

Monday, 8 March 2010

AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN PERLAWANAN BOLA JARING

Sabtu, 6hb Mac 2010 – Pada jam 7.30 pagi Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II telah mengadakan walkhaton sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 tahun dan Maulud Nabi S.A.W. Selepas walkhaton, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dalam dewan sekolah untuk menonton video mengenai anti-dadah (Anti-drug educational courseware). Murid-murid juga diberi peluang menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan dadah yang disediakan dalam cakera padat tersebut.

Walkhaton sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 dan sempena Maulud Nabi S.A.W.

menonton video mengenai anti-dadah (Anti-drug educational courseware)

Pada sebelah petang, perlawanan bola jaring peringkat separuh akhir dan peringkat akhir telah berlangsung. Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong menjadi Naib Johan dalam perlawanan bola jaring sekolah-sekolah kawasan Tutong II dan johan disandang oleh Sekolah Rendah Benutan. Manakala di tempat ketiga disandang bersama oleh Sekolah Rendah Rambai dan Sekolah Rendah PKN Bukit Beruang.

Salah seorang murid dari Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah menerima hadiah sebagai Pemain Terbaik iaitu Zuriny Binti Taroh. Tahniah diucapkan kepada Zuriny.

Perlawanan di antara Sekolah DPS Ukong, Tutong II dengan Sekolah Rendah PKN Bukit Beruang, Tutong II

Perlawanan di antara Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II dan Sekolah Rendah Benutan, Tutong II

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang

Permainan Terbaik, Zuriny Binti Taroh