Sabtu 17 Oktober 2009 - Satu lawatan sambil belajar ke Kampong Tasik Merimbun telah diadakan pada tarikh yang dinyatakan. Lawatan yang disertai oleh 21 orang yang terdiri dari para guru dan murid tahun 6 ini adalah salah satu aktiviti selepas peperiksaan PSR bagi tahun 2009. Mereka berpeluang melawat pusat pameran tasek berkenaan yang mana banyak mempamerkan jenis flora dan fauna yang boleh didapati di kawasan berkenaan.
Tuesday, 20 October 2009
TAMAN WARISAN MERIMBUN 2009
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 10:44 0 comments
Wednesday, 7 October 2009
Majlis sambutan Hari Raya warga sekolah
Khamis, 1 Oktober 2009 - Warga Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah mengadakan majlis menyambut hari raya di dewan sekolah. Majlis ini bemula pada 9.45 pagi hingga 10.15 pagi (sewaktu rehat).
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 12:51 0 comments
Wednesday, 30 September 2009
Sesi kongsisama Windows Live bersama guru-guru
Rabu, 30hb September 2009 - Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah mengadakan sesi kongsisama bersama guru-guru mengenai Windows Live. Sesi ini telah disampaikan oleh Cikgu Nennee Binti Nendaroh bertempat di bilik ICT sekolah.

Cikgu Nennee mengongsikan maklumat bersama guru-guru mengenai Windows Live.



Guru-guru mendengar sesi kongsisama yang disampaikan

Posted by SR DPS UKONG TUT II at 14:27 0 comments
Sunday, 20 September 2009
SeLaMaT MenYamBuT HaRi RaYa AiDiLfitRi
Seluruh warga Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di Brunei dan di mana - mana saja yang akan menyambut hari raya pada tahun ini dan Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...Semoga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...Hati-hati bila pulang ke kampung...InsyaAllah...Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi....InsyaAllah...
Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang ku lakukan diampuni oleh Nya....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARI WARGA SEKOLAH RENDAH DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG II
SELAMAT HARI RAYA ......MAAF ZAHIR DAN BATIN.......
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 05:36 0 comments
Wednesday, 2 September 2009
JASA MU DIKENANG - CIKGU SAMIHON BIN HAJI KECHI
| Jasamu Dikenang | |
| Segala bakti yang engkau curahkan Engkau laksana pelita di malam gelita Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan Jujur dan ikhlas engkau berbakti | |
| | |
| Dipetik daripada ; http://www.geocities.com/sajak29/moden/guru/0037.htm Hasil Nukilan ; Ahmad Sarju Mac 1988 |
2nd Tribute video. Gambar - gambar kenangan bersama beliau ketika rombongan lawatan daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah, Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 25 tahun peringkat sekolah dan sesi bergambar ramai (guru dan murid) sempena sesi persekolahan awal tahun 2009.
Tribute Video Part II.
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 15:12 0 comments
Monday, 31 August 2009
SAJAK PENGHARGAAN BUAT CIKGU SAMIHON BIN HAJI KECHI
Jasamu bagaikan lautan;
Terlalu luas dan dalam;
Kasih sayangmu begitu agung;
Yang meniti setiap suka dan duka;
Tidak dapat ku balas;
Bagaikan pasir pantai;
Yang sukar untuk dihitung;
Begitulah pengorbanan;
Yang ku tuntut setiap kali;
Aku melihat alam;
Kejayaan ini adalah titik mulia;
Untuk memperoleh kejayaan lebih cemerlang;
Pada hari-hari mendatang;
Hari semalam, hari ini dan hari mendatang;
Bisikanmu guru masih menjadi keramat;
Mengatur langkah menentu haluan;
Mengukur langkah menentu haluan;
Terima kasih, guru;
Sepanjang hayat, namamu tetap wangi di ingatan.
dipetik daripada;
http://www.smapr.scl.my/sajak_penghargaan.htm
Hasil Nukilan:
Syafiq Khairi bin Sa�adon
Muhammad Farhan bin Mohd Lihan
Tribute video for our previous Guru Besar, Cikgu Samihon bin Haji Kechi. Kenangan tahun 2009 bersama Cikgu Samihon bin Haji Kechi semasa beliau masih bertugas di sekolah ini sebagai guru besar.
Tribute video part 1
* Click the play button, let it play and buffering till the end of the video. Then replay the video by clicking the play button once again.*
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 16:06 0 comments