23hb Januari 2010, 7.30 pagi - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong telah mengadakan VITASOY colouring contest di dewan sekolah. Pada masa yang sama juga sekolah ini telah mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring di antara murid-murid Sekolah Rendah DPS Ukong dan murid-murid Sekolah Rendah Penapar.
Pada jam 9.30 pagi murid-murid telah diarahkan berkumpul di tempat perkumpulan pagi bagi mengadakan aktiviti tarian. Tarian yang telah dibawakan pada pagi tersebut ialah tarian poco poco.
Saturday, 23 January 2010
Aktiviti Kokurikulum
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 11:36 0 comments
Saturday, 19 December 2009
Majlis Perpisahan Cikgu Nennee
Sebuah kata-kata untuk beliau :-
For we shall meet again
That I can foretell
Tomorrow is uncertain
Keep our laughs and memoirs
But I wish you have no burden
We shall keep on learning
Remain as students and become as mentors
Face the unknown with confident yearning
Pursue our life endeavours
I wish you farewell,
To new and better things,
No matter how hard it is,
Never give it up.
Reach for what you want,
And you'll soar into the sky.
So long, I bid you a farewell,
No matter how hard it may be to let you go.
I'll see you again,
whether you come to visit or it's in my memories.
Never forget those who love you,
for they are always there for you.
I wish you a farewell,
To a new and more exciting adventure.
Although there will be hard times,
Forget them and remember the good ones
You had here with your family and friends.
Dhainee Pfafflin, Holli Casey
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 19:37 0 comments
Thursday, 3 December 2009
Majlis 3 dalam 1
Tarikh : 22hb November 2009 / 5 Zulhijjah 1430
Hari : Ahad
Jam : 8.00 pagi dan 2.00 petang
Tempat : Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II
Sesi sebelah pagi, sekolah ini telah mengadakan acara 3 dalam 1 iaitu Majlis Penutup Sekolah, Majlis Hari Guru dan Majlis Perpisahan Guru Besar (Cikgu Samihon Bin Hj. Kechi) yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong. Tetamu kehormat pada acara yang diraikan ialah Penghulu Kampong Pekan Tutong, Yang Mulia Awang Azahari Bin Hj. Iradat. Majlis ini juga telah mengadakan pelbagai persembahan oleh murid-murid Sekolah Rendah DPS Ukong dan berlangsung pada hari tersebut, penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang juga telah berlangsung dalam majlis ini.
Acara sesi petang yang bermula pada pukul 2.00 petang, diteruskan dengan acara sukan. Acara ini dibahagikan kepada penduduk-penduduk kampung dan murid-murid. Acara sukan bagi penduduk-penduduk kampung adalah seperti mencari barang berpandukan kad (kad tersebut diikat di kaki ayam dan peserta perlu menangkap ayam tersebut), meniup belon hingga pecah, memukul bola dengan menggunakan 'stick hoki' dan sebagainya. Manakala acara sukan bagi murid-murid pula ialah mengutip gula-gula, mengisi air dalam botol hingga penuh, lompat katak dan lain-lain lagi. Acara kemuncak sukan ini ialah mencari harta karun di padang sekolah (keadaan padang sekolah banjir).
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 13:58 0 comments
Tuesday, 20 October 2009
TAMAN WARISAN MERIMBUN 2009
Sabtu 17 Oktober 2009 - Satu lawatan sambil belajar ke Kampong Tasik Merimbun telah diadakan pada tarikh yang dinyatakan. Lawatan yang disertai oleh 21 orang yang terdiri dari para guru dan murid tahun 6 ini adalah salah satu aktiviti selepas peperiksaan PSR bagi tahun 2009. Mereka berpeluang melawat pusat pameran tasek berkenaan yang mana banyak mempamerkan jenis flora dan fauna yang boleh didapati di kawasan berkenaan.
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 10:44 0 comments
Wednesday, 7 October 2009
Majlis sambutan Hari Raya warga sekolah
Khamis, 1 Oktober 2009 - Warga Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah mengadakan majlis menyambut hari raya di dewan sekolah. Majlis ini bemula pada 9.45 pagi hingga 10.15 pagi (sewaktu rehat).
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 12:51 0 comments
Wednesday, 30 September 2009
Sesi kongsisama Windows Live bersama guru-guru
Rabu, 30hb September 2009 - Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah mengadakan sesi kongsisama bersama guru-guru mengenai Windows Live. Sesi ini telah disampaikan oleh Cikgu Nennee Binti Nendaroh bertempat di bilik ICT sekolah.

Cikgu Nennee mengongsikan maklumat bersama guru-guru mengenai Windows Live.



Guru-guru mendengar sesi kongsisama yang disampaikan

Posted by SR DPS UKONG TUT II at 14:27 0 comments