Selasa, 12 Mei 2009. Pada pagi ini, guru - guru dan murid - murid telah mengadakan perbarisan pagi di dalam dewan disebabkan hujan. Acara kami diteruskan juga dengan penyampaian taklimat mengenai Influenza A H1N1 yang telah disampaikan oleh guru besar, Cikgu Samihon bin Haji Kechi. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menekankan mengenai bagaimana penyakit H1N1 boleh berjangkit melalui batuk, bersin dan bercakap. Disamping itu juga, beliau tidak ketinggalan memberi penerangan cara - cara mengatasi H1N1 dan perkara - perkara yang perlu dibuat sekiranya mereka merasa tidak sihat. Murid - murid juga dinasihati untuk menjaga kebersihan diri mereka sewaktu berada di kawasan sekolah dan juga di rumah. Bercakap mengenai menjaga kebersihan diri sendiri, pada pagi itu juga, acara kami diselajurkan dengan tunjukcara mencuci tangan dengan cara yang betul. Cikgu Abdul Hasri bin Haji Naim, telah membuat tunjuk cara dan sedikit penerangan mengenai cuci tangan dengan cara yang betul. Semua warga sekolah berkesempatan membuat latihan tersebut.
Tuesday, 12 May 2009
TAKLIMAT INFLUENZA A H1N1
Posted by SR DPS UKONG TUT II at 13:45
Labels: cuci tangan dengan betul., H1N1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment