BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 10 June 2009

2 AcaRa DaLaM 1 HaRi

Ahad 7 Jun 2009. Sekolah Rendah DPS Ukong Tutong II pada hari ini telah mengadakan 2 acara dalam 1 hari iaitu Mesyuarat PIBG SR DPS Ukong Tutong II sessi 2007 - 2009 yang pertama kali dan Majlis Perpisahan Bagi Kakitangan Sekolah.

Dalam mesyuarat PIBG itu, guru - guru dan ahli - ahli jawatankuasa tertinggi PIBG SR DPS Ukong Tutong II sesi 2007 - 2009 telah bersama - sama berbincang mengenai beberapa perkara yang boleh membantu anak - anak mereka dalam pembelajaran di sekolah ini. Salah satu daripadanya adalah mengenai pembaikan pulih pondok biologis muda ( Science Garden ) yang telah musnah akibat banjir pada bulan Februari yang lalu.

Selain daripada itu juga, pengerusi PIBG, Cikgu Abdul Hasri bin Haji Naim telah menyentuh mengenai aktiviti menceriakan kawasan sekolah bersama dengan ibubapa, penjaga murid dan penduduk kampong. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti tahunan PIBG sekolah, dimana pihak sekolah berpeluang serta dapat mengeratkan hubungan silatul rahim dengan ibubapa dan penjaga murid serta penduduk kampong. Aktiviti ini adalah "on - going activity" untuk sepanjang tahun 2009.

Dengan persetujuan ahli - ahli PIBG SR DPS Ukong Tutong II, ibubapa , penjaga murid dan penduduk kampong boleh menghulurkan sumbangan mereka yang berunsur seperti kayu, papan, lebihan cat kayu dan sebagainya untuk menceriakan lagi kawasan sekolah ini. Aktiviti menceriakan kawasan sekolah ( step 1) akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Jun 2009 sempena aktiviti cuti penggal persekolahan kedua tahun 2009 bersama dengan ibubapa, penjaga murid dan penduduk kampong. Manakala ( step 2 ) akan diadakan pada bulan Julai, ianya selepas cuti sekolah penggal kedua.

Setelah selesainya mesyuarat dan perbincangan mengenai aktiviti tersebut, majlis perpisahan kakitangan sekolah diselajurkan pada hari itu juga dan telah diadakan di dalam dewan makan SR DPS Ukong Tutong II. Cikgu Samihon bin Haji Kechi, guru besar SR DPS Ukong, telah memberi sedikit ucapan ringkas dan berterima kasih diatas kerjasama, jasa dan komitment mereka selama mereka berkhidmat di sekolah ini. Begitu juga dengan Ketua Kampong Ukong, Awang Muhd Nendaroh bin Dato Kurnia Diraja Gadong, berkesempatan memberi ucapan sepatah dua kata dan memberi sedikit nasihat kepada Dyg Ernie dan Dyg Noraini dalam majlis pada pagi itu.

Majlis tersebut diteruskan dengan ucapan ringkas daripada kakitangan - kakitangan yang diraikan dan penyampaian cenderahati kepada Dyg Ernie Suharni dan Dyg Noraini daripada pihak sekolah dan pihak ibubapa, penjaga murid serta penduduk kampong. Acara majlis perpisahan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Muhd Mazalani bin Haji Alias diikuti dengan menikmati jamuan.

Guru - Guru SR DPS Ukong Tutong II yang hadir pada hari tersebut.

Antara ahli - ahli jawatankuasa tertinggi PIBG SR DPS Ukong Tutong II sesi 2007 - 2009

Ketua Kampong Ukong, Awang Muhd Nendaroh bin Dato Kurnia Diraja Gadong, turut serta hadir dalam mesyuarat PIBG SR DPS Ukong Tutong.

Majlis Perpisahan bagi Dyg Ernie Suharni bte Sirun dan Dyg Noraini bte Abdullah Siew.

Dyg Ernie Suharni bte Sirun menerima cenderahati daripada pihak sekolah

Awang Muhd Nendaroh bin Dato Kurnia Diraja Gadong selaku wakil pihak ibubapa, penjaga murid dan penduduk kampong juga menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Cikgu Samihon bin Haji Kechi, selaku wakil pihak sekolah menyampaikan cenderahati kepada Dyg Noraini bte Abdullah Siew.

Beliau juga tidak ketinggalan menerima cenderahati daripada Ketua kampong Ukong, selaku wakil pihak ibubapa, penjaga murid serta penduduk kampong Ukong.

0 comments: