BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 13 July 2010

LAWATAN KE OGDC

Selasa, 13hb Julai 2010 bersamaan 1 Syaaban 1431 - Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II telah melawat ke OGDC Seria. Murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah dari Tahun 3 hingga Tahun 5.

Bertolak dari sekolah jam 7.45 pagi dan tiba d OGDC jam 8.30 pagi. Memandangkan OGDC dibuka pada jam 9.00 pagi murid-murid berkesempatan bermain di padang permainan OGDC. Tepat pada jam 9.00 pagi murid-murid berbaris dihadapan pintu masuk ke bilik galeri OGDC. Disana murid-murid diberi penerangan mengenai bilik galeri tersebut.

Selepas mendengar penerangan, murid-murid di bawa melihat pameran-pameran yang terdapat di bilik galeri. Murid-murid juga diberi kesempatan mencuba pameran-pameran yang dipamerkan. Lawatan ini berakhir pada jam 10.30 pagi.

0 comments: