Assalamualaikum, sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 pada tahun ini, sekolah ini telah mengadakan acara Keraian Sampingan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah dengan menaikkan bendera kebangsaan dan menyanyikan sebuah lagu patriotik Negara iaitu, "Bendera Negara". Acara ini telah diadakan pada hari Sabtu, 14 Februari selepas aktiviti program membaca dan bijak sifir kira - kira jam 8.00 pagi di kawasan lapang berhadapan bangunan sekolah.
Di kesempatan ini Guru - guru, Kakitangan dan murid - murid sekolah SR DPS Ukong Tutong II ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 25 Tahun".... Sampai berjumpa lagi di acara Keraian Sampingan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment