BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 10 February 2009

Selamat kembali bagi guru-guru di sekolah ini

Assalamualaikum, setelah 3 hari cuaca yang baik di Daerah Tutong akhirnya Guru-guru di Sekolah ini dapat berkumpul bersama-sama di Sekolah Rendah DPS Ukong Tutong II setelah masing-masing mempunyai masalah laluan ke sekolah dan terpaksa melapor di sekolah lain. Pada hari ini guru-guru menggunakan kenderaan besar yang di sediakan oleh ABDB dari Sungai Damit untuk ke sekolah. Perjumpaan bersama guru-guru di lakukan untuk membincangkan perkara-perkara yang dapat di buat selepas peristiwa banjir.

Perjumpaan di ketuai oleh Guru Besar Sekolah Cikgu Samihon Bin Kechi. Perbincangan yang di lakukan seperti kempen kebersihan, persediaan menjelang hari kebangsaan dan hal-hal lain.



Walaupun sibuk dengan masalah banjir pihak sekolah tidak lupa untuk mengibarkan bendera-bendera kebangsaan di bangunan dan pagar sekolah sempena Hari Kebangsaan Negara yang tercinta.


Alat bantu mengajar yang basah akibat banjir di jemur untuk digunakan lagi pada masa akan datang.



Luar bangunan sekolah juga turut di bersihkan bersama-sama pada hari ini.







Bilik kerja guru-guru di bersihkan oleh guru-guru dan juga murid-murid rendah atas. Kempen kebersihan ini di lakukan dengan di siram menggunakan air dengan sabun untuk membuang bau yang tidak disenangi akibat banjir.
Semoga cuaca akan kekal baik seperti ini supaya kawasan-kawasan yang banjir akan surut, Amin.







0 comments: