BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 30 March 2009

BERSIAP SEDIA MENGHADAPI PERLAWANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH KAWASAN TUTONG II

Murid - murid daripada Rendah Atas berlatih bermain bola jaring untuk perlawanan bola jaring peringkat sekolah kawasan Tutong II yang tidak lama lagi akan diadakan pada tahun ini. Seperti tahun - tahun yang lepas, jurulatih pasukan bola jaring sekolah adalah Cikgu Salmah Hj Ibrahim dan dibantu oleh Cikgu Linah Tarapan dan Cikgu Hjh Norsanam Hj Abd Aziz. Murid - murid berlatih setiap pagi iaitu selepas perbarisan pagi sehingga jam 7.45 pagi sahaja. Pemain - pemain bola jaring wakil sekolah telah diterangkan peraturan - peraturan dan tatacara bermain bola jaring oleh guru - guru yang terlibat. Selain itu, mereka juga telah dilatih cara - cara menangkap bola, memasukkan bola, menghadang bola dan pihak lawan dan sebagainya. Dikesempatan ini, bahagian Kokurikulum Sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru - guru yang terlibat dalam melatihkan murid - murid untuk bersiap sedia menghadapi perlawanan itu nanti. Tidak lupa juga kepada murid - murid yang terlibat, berlatih lah bersungguh - sungguh dan semoga berjaya pada hari perlawanan itu nanti. Sekian terima kasih...GooD LucK....:-)





JuSt Do YoUr BeSt aNd gOOd LucK

0 comments: