5 Mac 2009 - Seramai 41 orang murid dari tahun 4-6 dan 8 orang guru pengawas telah membuat lawatan sambil belajar ke pesta buku yang telah diadakan di stadium tertutup di Berakas. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti sekolah, dimana murid-murid dari sekolah pendalaman berpeluang untuk membeli buku-buku cerita atau buku-buku rujukan untuk pembelajara mereka.
Melalui lawatan ini juga memberi kesempatan kepada murid-murid yang belum pernah datang untuk sampai ke tempat ini. Guru-guru juga berkesempatan menunjukkan lokasi tempat-tempat dan bangunan-bangunan yang menarik sepanjang perjalanan seperti taman Bukit Shahbandar, 'Empire Hotel' dan juga Stadium Negara.
Murid sempat membeli juadah di gerai makanan yang terletak berhampiran tempat pameran buku di adakan.
Murid-murid dan guru pengawas berkumpul untuk memeriksa dan memastikan semua murid ada sebelum pulang. .jpg)

0 comments:
Post a Comment