BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 3 December 2009

Majlis 3 dalam 1

Tarikh : 22hb November 2009 / 5 Zulhijjah 1430
Hari : Ahad
Jam : 8.00 pagi dan 2.00 petang
Tempat : Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong, Tutong II


Sesi sebelah pagi, sekolah ini telah mengadakan acara 3 dalam 1 iaitu Majlis Penutup Sekolah, Majlis Hari Guru dan Majlis Perpisahan Guru Besar (Cikgu Samihon Bin Hj. Kechi) yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong. Tetamu kehormat pada acara yang diraikan ialah Penghulu Kampong Pekan Tutong, Yang Mulia Awang Azahari Bin Hj. Iradat. Majlis ini juga telah mengadakan pelbagai persembahan oleh murid-murid Sekolah Rendah DPS Ukong dan berlangsung pada hari tersebut, penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang juga telah berlangsung dalam majlis ini.

Acara sesi petang yang bermula pada pukul 2.00 petang, diteruskan dengan acara sukan. Acara ini dibahagikan kepada penduduk-penduduk kampung dan murid-murid. Acara sukan bagi penduduk-penduduk kampung adalah seperti mencari barang berpandukan kad (kad tersebut diikat di kaki ayam dan peserta perlu menangkap ayam tersebut), meniup belon hingga pecah, memukul bola dengan menggunakan 'stick hoki' dan sebagainya. Manakala acara sukan bagi murid-murid pula ialah mengutip gula-gula, mengisi air dalam botol hingga penuh, lompat katak dan lain-lain lagi. Acara kemuncak sukan ini ialah mencari harta karun di padang sekolah (keadaan padang sekolah banjir).




0 comments: