BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 27 August 2009

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT PSR.
Print
Khamis, 27 Ogos 2009 – Sekolah ini telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena PSR Tahun 6 yang bertempat di Bilik Ibadat SR DPS Ukong Tutong II. Majlis berlangsung selepas perbarisan pagi. Majlis dihadiri oleh ahli - ahli PIBG dan ibubapa dan penjaga murid Tahun 6 yang beragama Islam dan juga yang bukan berugama Islam, guru - guru dan kakitangan sekolah sendiri.

Seramai lebih kurang 15 ahli - ahli PIBG dan ibubapa dan penjaga murid Tahun 6 hadir dalam majlis pada pagi itu. Manakala 20 murid lelaki dan perempuan yang berugama islam terdiri daripada kelas Tahun 1 hingga Tahun 5 dan semua murid Tahun 6, guru - guru dan kakitangan sekolah yang berugama Islam turut serta menghadiri majlis tersebut. Bacaan doa selamat PSR dan bacaan Yasin telah diketuai oleh guru ugama sekolah ini, iaitu Ustaz Mazalani bin Haji Alias.



Selesai sahaja majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat, majlis diteruskan dengan penerangan keputusan markah penilaian dan peperiksaan Mock Tahun 6 yang telah diadakan di dewan makan SR DPS Ukong. Majlis dimulakan dengan bacaan al-fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan kepada para - para jemputan daripada Guru Besar iaitu Cikgu Chan Ben Fui. Beliau menunjukkan dan menerangkan markah perolehan murid dalam penilaian dan peperiksaan Mock kepada ibubapa dan penjaga murid Tahun 6. Beliau juga menjelaskan beberapa perkara penting yang harus murid - murid mengambil perhatian sebelum dan semasa mereka menduduki peperiksaan PSR nanti.



Guru - guru subjek juga menerangkan beberapa masalah yang murid hadapi sewaktu menjawab soalan peperiksaan kepada ibubapa dan penjaga murid. Guru - guru subjek telah memperlihatkan beberapa soalan yang sukar dan soalan yang murid mudah membuat kesilapan kepada mereka. Murid - murid juga diberi nasihat dan kata - kata dorongan daripada guru - guru subjek mereka, Cikgu Salmah binti Haji Ibrahim, Cikgu Sagala binti Payong dan Cikgu Abdul Hasri bin Haji Naim.



Kira - kira jam 10.30 pagi, majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan pembahagian sedekah bersempena bulan ramadhan ini.


........................

0 comments: