BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 19 August 2009

Majlis Bertahlil dan Doa Arwah

Selasa, 18 Ogos 2009 , Sekolah ini telah mengadakan majlis bertahlil di Bilik Ibadat SR DPS Ukong Tutong II kira - kira pada pukul 8.30 pagi.

Hadir pada majlis tersebut ialah Guru Kanan, Cikgu Abdul Hasri bin Haji Naim, Cikgu Ahmad Azri bin Muhd Murat, Cikgu Salmah binti Haji Ibrahim, Cikgu Hajah Norsanam binti Haji Abd Aziz dan Cikgu Hana binti Haji Mohd Zaki.

Seramai lebih kurang 27 murid lelaki dan perempuan yang berugama islam terdiri daripada kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menghadiri majlis tersebut.

Bacaan tahlil yang diikuti dengan doa arwah telah diketuai oleh guru ugama sekolah ini, iaitu Ustaz Mazalani bin Haji Alias.

Majlis bertahlil seumpana ini adalah sebahagian daripada aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh Kelab Kebudayaan dan Keugamaan sekolah ini dan bersempena dengan sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

_________________

0 comments: